Halal Frozen Pizza Crust & Spiral Curry Puff

Manufacture of Pizza Crust, Spiral Curry Puff Skin

step 1



Potong doh mengikut ketebalan yang diperlukan.

Tips: 

  • Jika potong dalam ketebalan 5 mm, maka saiz karipap akan jadi kecil.
  • Jika potong dalam ketebalan 10 mm maka saiz karipap akan jadi sederhana besar
  • Maksima adalah 20 mm, supaya kerja mencanai leper menjadi mudah.

step 2

Potongan berbentuk cakera @ disc

Tips:

  • Disarankan setelah dipotong, kulit karipap pusing ini disimpan di dalam bekas tertutup ataupun beg plastik.
  • Bertujuan, sekiranya terdedah pada udara, kulit akan mula merekah di bahagian tepi dan kering. Bila kering kerja mengklim akan menjadi sukar dan terbuka ketika proses mengoreng.

Step 3

Mencanai leper.

Tips:

  • Kaedah yang betul;
  1. Letakkan sedikit tepung pada permukaan meja dan rolling pin
  2. Letakkan pastri disc  dan golek rolling pin tanpa tekanan yang kuat. Sehingga mendapat ketebalan yang dikehendaki.
  3. Untuk hasil yang cantik, pastikan nisbah Panjang X Lebar adalah 2:1

Step 4

Inti @ Filling

Tips:

  • Pilihan anda, cubalah lain dari yang lain. 
  • Inti pizza, inti durian, cempedak, kacang merah dll.



Step 5

Sealing Process

Tips

  • Di bahagian tepi perlu diletakkan air sekiranya kulit pastri mula mengering.
  • Salah satu sebab adalah penggunan tepung semasa proses mencanai tadi.

Step 6

Crimping Process

Tips:

  • Kaedah klim terpulang pada anda. Samada menggunakan tangan ataupun gear wheel (susah nak dapat) ataupun garfu.
  • Penyimpanan: anda boleh gunakan kaedah IQF (individual Quick Freezing), ataupun cara mudah separa goreng (deep fry method), sejukkan  dan bungkus. Simpan di dalam freezer.